Tuesday, September 28, 2010

di akhir hidupku

ku hamparkan satu lembaran
berkisahkan sebuah pertemuan
yang telah menyatukan hati dua insan
dalam dimensi alam khayalan

manisnya setiap kata yang terucap
melakarkan impian hari mendatang
namun di sebalik segunung harapan
satu rahsia tidak ku ungkap

yang terbaik buatku adalah mengenalimu
yang terindah untukku adalah senyumanmu
yang tak ternilai bagiku adalah kasih sayangmu
yang tak tercapai olehku adalah untuk memilikimu

ku sisipkan secebis rindu
di akhir hidupku ini
hanya ku ingin kau tahu
diri ini amat mencintaimu

Monday, September 27, 2010

erti bahagia

sayang...
jika kau rasa gundah
itulah juga rasaku
jika kau rasa gelisah
yang ku rasa lebih dari itu


sayang...
tak semua yang kita inginkan, kita miliki
tak semua yang kita impikan, kita raih
tak semua usaha mampu kita jayakan
tak semua kisah percintaan berakhir bahagia

sayang....
bahagia adalah sebuah rasa
yang telah kau titipkan buatku
dan bahagia untuk kita
adalah satu pengorbanan

sayang...
bahagia tak bererti berdua
bahagia tak bererti bersama
lakukan yang terbaik untuk dirimu
kerana itu yang membahagiakanku

Sunday, September 26, 2010

sayang...
jika bulan itu cantik
cantik lagi hati budimu

jika bintang itu bersinar
terang lagi sinar kasihmu

jika matahari itu menghangatkan
hangat lagi sentuhan cintamu

dan...
jika hembusan bayu itu mendamaikan
damai lagi saatku lihat senyumanmu