Monday, September 27, 2010

erti bahagia

sayang...
jika kau rasa gundah
itulah juga rasaku
jika kau rasa gelisah
yang ku rasa lebih dari itu


sayang...
tak semua yang kita inginkan, kita miliki
tak semua yang kita impikan, kita raih
tak semua usaha mampu kita jayakan
tak semua kisah percintaan berakhir bahagia

sayang....
bahagia adalah sebuah rasa
yang telah kau titipkan buatku
dan bahagia untuk kita
adalah satu pengorbanan

sayang...
bahagia tak bererti berdua
bahagia tak bererti bersama
lakukan yang terbaik untuk dirimu
kerana itu yang membahagiakanku

3 comments:

  1. meer,
    tiada sesuatu yg mustahil dlm dunia ni.
    hidup ini penuh dgn keajaiban yg kita sendiri tak pernah duga dan terfikir ianya akan berlaku.

    jgn pernah mengalah.
    terus perjuangkan ia utk kebahagiaan diri dan org yg kita syg.
    keep the spirit!

    ReplyDelete
  2. berikan aku kesempatan utk memiliki kebahagiaan itu lebih dari sebuah rasa...

    memilikimu,mencintaimu,menjagamu,menyayangimu,menemanimu,dan setia hanya padamu.

    ReplyDelete
  3. maaf jika mgganggu,

    don't ever give up k..
    kembalikan smula smangatmu yg dulu..
    percayalah, Allah telah merencanakan ssuatu yg baik untukmu..
    kita sebagai hambaNya hanya perlu berdoa dan menyakini bahawa..
    hanya DIA yg mampu mengubah segala-galanya..

    dan jika benar dia telah diciptakan untukmu..
    laluilah dugaan itu dgn sedikit kesabaran hatimu..
    skurang kurangnya utk kebahagiaan dirimu dan dirinya..

    ReplyDelete